November 18, 2006

Something to ponder..

Akhirnya..tercapai jugak hasrat nk balik mnggu ni..bestnye..bestnye..bestnye dapat balik walaupun 2 hari setengah cuma. Tapi 'ke excited an' saye nk balik rumah tenggelam dgn cite yg lebih exciting kat court tadi. Tadi kena handle accused kat court 3.Hmm court 3...court yang panas dengan kehadiran seseorang semalam.Semalam, kat court inilah, depan magistrate yang sama Tuan Aizatul Akmal, seorang penganalisis politik terkenal,pemikir terkenal, Abdul Razak Abdullah Baginda didakwa bersubahat membunuh model sambilan Altantuya Shariibuu. Die didakwa dibawah Seksyen 109 (bersubahat) dibaca bersama Seksyen 302 (bunuh) yg membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.haa lepas tuduhan dibaca barulah muka dia boleh keluar Tv.

Masa tengah nak prepare ayat untuk buat rayuan utk satu kes dadah ni, sorang polis datang kat saya. "Rugi tak datang smlam.Court ni penuh, havoc. Mmg pening kepala. Org berebut2 masuk." Si polis ni bersemangat cite apa yang berlaku semalam.dari A sampai Z. "Ade dengar tak yang benda ni propaganda je.VVIP" ..bla ..bla .. bla..huhu..dan dia terus bercerita. Tapi tu off record.Tak boleh publish kat cni karang tak pasal2 saya yang kena soal siasat. Hmm senyum jela sambil dengar cite polis tu smpai Tuan Aizatul masuk.Court bangun!!

Jmpe polis, lawyer cite tula yang hangatnye. Cite tak best disebalik kisah pembunuhan tragis ni.Just wait n see.Tak tau lagi siapa salah siapa betul."A person is innocent until proven guilty".So tak boleh nak memandai buat presumptions sendiri.Ada sesuatu yg misterius disebalik kes ni. Ape yang diceritakan oleh polis tadi still bermain2 kat kotak fikiranni smpai skrg. Betul ke bendani, cam tak percaya.Hm,cuma Allah yg tau. Tapi kenapa sanggup buat macam tu sekali.Aish orang kalau dah terlalu cerdik mcm nila jadinya.Kira dah habis cerdik..smpai fikiran tak boleh fikir benda yang lebih cerdik lagi.Cerdik sangat pun tak boleh jugak..menghancurkan hidup sndiri akhirnya.Nak tutup lubang sini mulanya, tapi lubang sana pulak terbukak.Last2 habis semua bocor. Dah tak dapat lari mane2 dah.Jadi jadilah insan yang sederhana saja kecerdikannya...Fullstop.

8 footprint(s):

Suyuti said...

Wah...Penganalisis politik tu idola saya.Tak sangka jadi mcm ni.Saya tak percaya dia buat benda2 mcm tu.Jgn main tuduh2 tau!

Dosa tau!!!

Mazliza~ Aja said...

Hmm...psst ..mengikut ape yg saya dgr,mmg die tak buat..ade hantu lain..tapi tak berani nak ckpla..nnti kontroversi..tunggu jela..huhu

Suyuti said...

siapakah hantu tu?bestnya dgr berita panas dan scandalous ni.adakah kerana hubungan dia dgn najib menjadikan dia ditohmah sebegitu rupa?tapi rasanya mcm media dah buat hukuman sebelum dia didakwa.kononnya dia ada skandal seks dgn model mongolia tu.tapi mak model tu ckp anak yg 16 bulan tu, bukan anak org Msia.ini memang sensasi!!!!

mieyzaihana said...

Aja, mie pon dengar citer yang sama, tu yang miey post kat blog tu, hanya tuhan je yang tahu sape salah dan sape yang betul.biarlah terlepas mahkamah donia, mahkamah akhirat mesti tak lepas punyer..

kak lin said...

Aja,,,kat sini pun ade dgr gak skandal sensasi tu. Semoga org yang betul2 bersalah, tapi terlepas drpd hukuman di dunia (dia terseksa gak sebnanya..seksa batin), takkan terlepas drpd hukuman Allah di akhirat!

Anonymous said...

betoi tu kak lin...
anyway, kak lin ni bila exam???
tak balik msia ke winter nih?

Mazliza~ Aja said...

setuju je ngn korang seme.skrg kes ni dah ditransfer ke High Court.jangan jd mcm kes norita dah.tuduh org ni,org tu, pastu kes tutup mcm tu aje sbb nak cover certain individuals.Konon ckp sbb takde prima facie proof,..huhu yela tu.

kak lin said...

ye anonymous..winter tak balik...insyaAllah final exam end of January (written) and early May (clinical). Doakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...