Phew, finally I'm home. Dah 2 tahun eh, 2 mnggu tak balik ni. Dah 2 hari berturut2 jugakla mkn McD je sbb rushing sane sini, on the way balik rumah tadi, si Talhin ambik kat temerloh, belanja burger..ish McD lagi..tapi at least blk rumah boleh mkn masakan umiku ..couldn't feel any happier than this.
Huhu..tetibe teringat peristiwa kat court tadi. Harini duty kat court 5 depan Majistret Puan Manira yang kekadang good mood kekadang bad mood. Tak kisahla. Tapi entah knape harini terlebih emosional pulak. Harini kat court ade 7 accused a.k.a Orang Kena Tuduh(OKT). Sebelum court bersidang, saya kena interview ketujuh2 OKT ni . Yang tak blh lupa 2 orang accused ni. First accused:
Saya: (lps panggil nama OKT tu) Awak salah mencurikan?Curi ape?
OKT: Ambi Pur 20 kotak.yang untuk dalam kereta punye.Alaa 20 kotak je pon.Kat Mydin pulak tu.
Saya start tanya latar belakang OKT ni untuk memudahkan rayuan depan Majistret nanti.Dia cerita semua.
Saya: Mak ayah sihat?Ada sakit apa-apa tak?
OKT: Mak ayah sihat. Tapi saya yang tak sihat
Saya: Awak sakit apa
OKT: Saya sakit HIV.Positif.
Saya: Oh.
Bestnye jawapan dia.Memang saya tak payah tanya pun sebenarnya. Tapi yang sorang lagi OKT ni betul2 menyedihkan saya. OKT ni perempuan. Tangannya tak digari macam yang lain, sebab dia memangku baby yang baru lahir. Baru 14 hari.Dah tentu lahir kat penjara.Kakak ni ibu tunggal,dituduh atas tuduhan memiliki dadah. Menangis2 kakakni mintak saya tolong dia. Dia cakap dia tak salah, dadah tu bukan dia punya..etc Saya buat2 tulis apa yang kakak tu ceritakan tapi hatini sebakla jugak especially bila tgk baby tu.Serba-salah dibuatnya. Jangan ternangis kat situ sudah.
Lepas beberapa minit,Majistret masuk. Court bangun!lepas beberapa OKT, tibalah giliran kakak tu. Saya pun ke depan. Dengan izin Puan, saya Mazliza dari Pusat Bantuan Guaman mewakili OKT.Bla..bla..terkeluar la hujah2 yang saya pon tak sure boleh diterima pakai atau tak.Lepas abis mengarut-ngarut, Puan Manira baca hukuman. "OKT didapati bersalah dan mahkamah dgn ini menjatuhkan hukuman 9 bln penjara.Hukuman berjalan dari tarikh tangkap." Saya agak terkejut jugakla, sebab tempoh 9 bln tu agak lama bagi saya sebab sebelum ni ada kes dakwaan sama cuma kena 4 bulan penjara. Camne seksanya saya nak tunggu abis chambering 9 bulan inikan pulak nak stay dalam penjara tu 9 bulan.Dengan baby yg baru lahir lg.Court, full of heartless people.Saya pusing tgk kakak tu, memang air mata dia dah berjujuran jatuh. Feel bad for the baby, feel sad for the mother. Saya cuba pandang ke ats syiling supaya saya tak nangis jugak.Malu dan bodohla kalau saya nangis.Sebelumni tak pernah teremosi camni.Saya cuba fikir,yang salah tetap salah. So be professional.Tapi sedar tak sedar air mata ni mengalir jugak.Huhu.
But a friend said lawyers, future lawyers should be tough.Tough girl don't cry.Wrong.I just did. Perhaps,maybe I don't belong here.
Don't cry when the sun is gone. Tears won't let you see the stars-Violeta Parra
December 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 footprint(s):
Tough cirls don't cry?I really doubt it.Tears are not sign of weakness, sumtimes mercy and compassion (or sympathy).tak caya tanyalah kakak awak..tough girl mcm dia penah nangis tak?
Anyway, what a good experience!Asal awak tak berhujah betoi2 depan hakim tu?Kesiannya kakak yg kena 9 bulan tu.Hakim perempuan mmg emosi.entah2 baru habis begaduh dgn laki dier....Hihihi
Agree.Rasenye majistret tu tgh tension kot time tu.btw,how do u know my sister..
x kenal ngat.kenal gitu2 je.btw,dia dah kawen ke?brapa anak dah?
ohh...skin yg ni ok sket.nampak laie clear bila bace.more feminine.tak nampak tough laa lg..
die blm kwn.. nk kawin taun dpn..:)
hmm..interestingnyer jadik lawyer..apsal my bro-in-law tak penah citer bnda2 menarik camnie..hehehe
Hehehe...Serius ke?Kakak awak nak kawin tahun depan?Dgn classmate dia masa kat kolej dulu ke?Ahahah..Apa2pun, cakap congrats kat dıa.....
Apapun, sepatutnya si OKT itu berfikir terlebi dahulu kesan tindakannya. Bila sudah kena hukum, tak guna untuk menyesal. Pada pendapat peribadi saya, Tiada alasan untuk melakukan jenayah, kerana jenayah itu melakukan kezaliman ke tas orang lain. Apapun, bak kata seorang artis Barat; "You're going to reap just what you sow..." - Lou Reed
mmgla reap what u sow tapi dadah nyer act ni tak fair sket..possession je dah kene.mayb pmpan tu btol2 tatau ke.kene hukum wif baby 9 bulan lama tu.hehe ko nangis aja? kesian pulak aku kat ko.tapi... maknanye u have a heart.nothin wrong wif dat.
Post a Comment