Ada yang suruh letak entri pasal accident involves deretan 6 buah kereta di Putrajaya semalam.Termasuk kereta yang saya naik.
Setiap pagi adik ipar akan menghantar saya ke tempat kerja di Kompleks D Putrajaya sebelum ke ofis beliau di Bangi. Pada suatu pagi Khamis yang indah dan ceria, seperti biasa kitorang berdua akan turun jam 7.25 pagi untuk ke ofis. Pagi tu memang rasa malas sangat nak pergi ofis. Biasanya jalan yang menghala ke tempat kerja saya akan jam teruk disebabkan banyak traffic light. Adik ipar tanya saya pulak nak ikut jalan mana. Nak ikut jalan Precint 8 ke Precint 9 memandangkan hari sebelum tu kitorang dah cuba ikut jalan Precint 8 dan tiba awal sket daripada biasa. Saya bagitau dia, hari ni ikut jalan biasalah, Precint 9. Kitorang pun bergelak ketawa di dalam kereta tu sambil mendengar Panggilan Hangit yang di buat oleh Fara Fauzana Hot FM tu. Jalan memang smooth je hari tu memandangkan ianya dikawal baik oleh polis trafik.
Dalam kelicinan perjalanan tersebut, tiba-tiba kereta menjadi perlahan dan kereta depan berhenti dengan tiba-tiba .Adik ipar sempat tekan brek dan kitorang lega la sebab tak langgar kereta Myvi silver di hadapan. “Nasib baik…” saya sempat pandang adik ipar. Tiba –tiba entah macam mana, sebuah kereta Waja menghentam kami dengan kuatnya dari arah belakang. Akibat dentuman itu, Suzuki Swift yang kami naik hentam Myvi silver di depan pulak. Terdengar beberapa hentaman dari belakang, dan sejurus dentuman tersebut berhenti saya menoleh ke belakang. Terdapat 4 buah kereta tersusun rapat di belakang kami.
Masing-masing pucat. Kereta Waja di belakang memang berasap, ada 2 kereta yang hentam Waja tersebut serentak dari belakang- Myvi hitam dan Proton Saga hitam. Belakang kereta Myvi hitam disondol pulak dengan sebuah lagi kereta jenis Avanza. 6 kereta semuanya yang terlibat mengikut perkiraan saya.Masing-masing cepat-cepat keluar dari kereta. Pemandu Myvi hitam, perempuan telah keluar dari keretanya sambil menangis-nangis.Begitu juga isteri kepada pemandu kereta Waja. Begitu juga pemandu Myvi silver di depan. Adik ipar saya cool je sambil menghubungi tunangnya. Saya sibuk mengambil gambar kereta2 yang malang tersebut sebagai bukti tambahan di balai polis nanti.haha.
Kete 1- Myvi depan kitorang- sikit je kena ni..
Kete 2- kete yg kitorang naik kena hentam ngan waja kat belakang. So depan blakang K.O
Adegan tersebut telah mengakibatkan jam yang teruk atas jambatan menghala ke JPM. Semua nak tengok free show. Nasib ada polis trafik. Mana-mana kereta yang ada hati berhenti tepi jalan untuk tengok, semua disamannya. Beberapa lelaki dari kedai repair kereta tiba-tiba muncul entah dari arah mana untuk menghulurkan khidmat nasihat dan penghantaran ketuk ke kedai mereka. Muka manis je. Cepat je dorang ni tau. Untuk memendekkan cerita, empat kereta yang sememangnya tak boleh bergerak dah terpaksa di tow ke balai polis Putrajaya. Myvi silver dan Swift slow2 je bergerak ke balai polis. Masa buat statement dibalai polis, kitorang telah berjaya membodek polis tersebut untuk tunjukkan CCTV dekat jambatan yang merakamkan kejadian kemalangan tersebut. Polis tu cakap berdasarkan CCTV, Myvi hitam (kereta no 5 yang salah). Huh? Tetapi siasatan masih dijalankan.
So tu je ceritanya. Korang rasa sapa yang salah??
*Entri ini mengingatkan semua supaya jauhkan jarak kereta anda dengan kenderaan di hadapan okehh.. ;)