April 11, 2007

Mereka dan kereta...

Haha..terpanggilnya saya untuk updet blog ni adalah kata2 sorang kawan..

"Aja, lain kali tulis blog dalam bahasa melayu la..aku nak baca senang..smoothje.. aku selalu baca blog ko lompat2..."

Baiklah untuk post kalini..dalam BM lah..kita kan orang Melayu..hihi.

Semalam sepulangnya dari KL,adik saya ambik di Temerloh. Ajak pergi tengok aksesori kereta. Tak taula apa yang dicarinya, masuk kedai keluar kedai...tengok2 aksesori kereta memang best(walaupun tak arif langsung), tapi yang penting ada ongkosnya. Nak radio mp3, dvd, stereng kereta berjenis2 semua ada, yang penting duit. Berangan2 dalam hati, aku ada kereta nanti akanku touch- upkan kereta dengan pelbagai aksesori..haha.. tapi bawak kereta penakot..

Tapi satuje yang saya kurang paham..kenapa sebuah kereta Kancil yang sebegitu comel, nak tukar nama Daihatsula, letak sticker K-car la, MIRA la..ubah sana sini, dan macam2 lagi.. sungguh tak paham.

Kata despatch di tempat kerja dulu, "Kereta aku, bodyje Kancil, tapi part2 dalam semua oversea, biar mahal takpe, kepuasan tu yang penting.Kereta macam pompuan jugak , nak kena dimanja2, kena make-up2 jugak". Ya, setelah melihat keretanya, memang betullah, bodyje Kancil, meter semua digital, enjin turbo, nak start enjin macam nak bawak kapal terbang.
Hmm..setiap orang punya citarasa sendiri, mesti nak yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.Suka hatila..

Oh lupa..adik saya tak jumpa apa yang dicarinya...tapi : "Aja, jom singgah kedai cd jap.. aku nak cari cd bola PS2...hadui.. nak tak nak ikut jugakla..



Hehe...jika diberi kesempatan, kereta saya nanti, nak kecik dan comelje.. yang penting ada sentuhan pink2 sikit..haha... ape2 la labu...^0^

Oh..Man U menang dengan menawan sekali semalam..7-1..terkulat2 Roma dibuatnye...^^

3 footprint(s):

Shellsea said...

Aja, kalau nak beli kete murah satu hari nanti, bole jmpe aku, aku ade banyak contact..hahahaha...

asni said...

comelnya kereta itu..i love pink too!! hehe

Mazliza~ Aja said...

Shellsea-takpela, terima kasih atas pelawaan mu itu.heheh

Asni-tapi sayang, kereta itu bukan milikku..haha..I love pinky too..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...