December 24, 2006

Lelaki, perempuan dan shopping...

Memang tak patut betul gambarajah kat atas ni.Nampak sangat kalau bab2 shopping ni ke 'excited' an pompuan lagi dahsyat daripada lelaki.Gender bias betul. Tapi lelaki sama jugak.Kalau bab2 cari aksesori kereta, beli cd Playstation same je kot macam pompuan.Lama memilih.Hmm... mungkin betul jugak agaknya.Memang pompuan nalurinya begitu kot.Nak cari satu barang je mula2 tapi habis pusing satu shopping complex. Keluar shopping complex, tak sah kalau tak beli lebih dari 1 barang..heheh.Normallah tu.

Sebab tu kalau kuar gi shopping saya lebih senang keluar ngan kawan2 pompuan, lebih bebas memilih, lebih selesa nak berjalan. Takde yang akan tarik muka empat belas kalau kita shopping lame sikit.Kalau ngan mak pun macam tu jugak, nak beli apa2 lebih best pergi dengan umi daripada ngan abah.Kalau gi ngan abah pembelian dan pemilihan barang agak limited.Seme kena cepat..Tapi satu yg best kalau kuar ngan abah, pembelian akan disponser..haha.

Cakap pasal shopping teringat pulak Khamis lepas, lepas keje pergi tengok wayang dengan kawan(atas permintaan, name cannot be disclosed without permission..hehe).Tengok cite ape segan la pulak nak bagitau sebab cite action2 Melayu tu agak 'menyedihkan'..hehe.Tapi not badla..lagi ok daripada drama siri Chempiang yang pernah ditayangkan kat tv3 pada satu masa dahulu.So boleh agaklah cite ape.Dah takde cite lain yang boleh habis sebelum pukul 9pm, terpaksa jugak tengok citetu.Sokonglah filem tempatan..huhu.Habis tengok wayang, tengok2 kedai.Maklumla dah dekat Krismas banyak pulak midnite sale. Masuk satu kedai kasut, tengok pekerja2 dia sibuk susun kasut2 baru. Sale ape pulakni. Salesgirl tu cakap midnite sale 2 jam saje start pukul 10pm,harga kasut mostly half price. Oh.

Maka kawan saya ni dengan mata yang bersinar2 mengajak saya tunggu sampai pukul 10. Nak taknak kena la tunggu.KLCC masih penuh dengan orang-orangan. Lepas je salesgirl tu letak signboard "2 hours Midnite Sale" depan pintu kedai, maka berpusu2 perempuan2 disekitar KLCC tu masuk ke kedai tersebut. Memang betulla pompuan kalau pasal sale,shopping memang pantang. Muka boyfriend, husband ,memasing dah berkerut2 tunggu kat luar.Pilih bukan satu dua, lima kotak terus bawak kluar.Saya memang takde mood nak membeli haritu,takde pulak yang menarik dihati, biarkan jela kawan saya tu ambik masa pilih mana yang berkenan. Habis membeli saya tanya dia.."Dah?" "Eh,Ja, jom naik tingkat 2 jap kat NOSE, nak tengok2 kasut kat situ pulak".Saya melirik jam ditangan..erkk...tapi kaki ini tetap melangkah dengan tabah...

Memang betul, pompuan, kalau masuk bab2 shopping, biar sakit mana tumit menapak, lenguh mana kaki berjalan, selagi misi belum tercapai selagi tu pengembaraan akan diteruskan..huhu..
Pape pun ingin ditegaskan di sini bukan semua pompuan gila shopping, cuma masa yang diambil untuk memilih barang agak lama. Kita sahut kempen kerajaan supaya Bijak Berbelanja.Nak cari barang yang berkualiti kenala ambik masa yang lama. Lihat, pilih dan beli...heh.

Man Utd vs Aston Villa-match tadi, Man Utd score 3 tanpa balas..puas hatiku..(^_^)


You only have to do a very few things right in your life so long as you don't do too many things wrong.~ Warren Buffett

5 footprint(s):

Juragan said...

huhuhu. thats why women is more complicated than men.

Shopping for men
- Choose the best, ignore the price but just one

Shopping for women
- Choose all that ok, lowest price n more than one

Anonymous said...

pompuan dan shopping sangat sinonim..tak mampu dipisahkan,bagai irama dan lagu...itulah keistimewaan pompuan..tol dak..:)

Syed Afzal said...

korang sebenarnya tak paham konsep membeli belah.Konsep yang basic pun tak dapat tangkap.Yelah,dah kelabu mata.Konsep dia senang je, beli dan belah.Lepas dah beli, blah la balik umah.Nak pusing2 wat pe lagi..hehehe

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

apa cerita sokong man u..??

~Serenity~ said...

Afzal..sbnrnya konsep membeli belah tu luas maknanya..beli itu ialah membeli seberapa byk yg anda mampu, belah itu adalah selepas membeli anda blahla ke kedai lain pulak untuk membeli barangan berikutnya..paham ke nih?

Pipi..sokonglah man u..kelab paling best dimayapada..takde maknanya menyokong kelab lain sekiranya hanya mampu berada ditangga ketiga dlm carta..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...