August 28, 2006

Tak kisahla tu...

25 Ogos 2006- Hari ni saya bercuti daripada kerja. Ambik 2 hari cuti sebab esok (Sabtu ) konvo dan hari ni pulak terpaksa menghadirkan diri untuk rehearsal konvo. Nak tak nak kene pegi jugak sebab diWAJIBkan. Tak kisahla tu. Dalam kononnya 'cuti' tu tiba-tiba lawyer kat firm mesej suruh saya pergi jugak ofis selepas rehearsal.Pagi Isnin saya kene pegi court Shah Alam jadi kene pegi ofis kejap ambik file untuk matter hari Isnin nanti, sebab dah tentu Sabtu saya tak ke ofis. Terpaksalah pergi ofis jugak petang tu. Tak kisahla tu. Balik dari ofis, saya terus ambik train kat LRT Masjid Jamek. Hujan turun mencurah2 petang tu dan saya pulak tak bawak payung.Demi nak cover court file daripada basah kuyup saya menebalkan muka mintak tumpang payung dari seorang makcikni.Dia pun baik bagi tumpang.Tak kisahla tu...

Masuk train, saya memang bernasib baik sebab ada seat kosong.Macam jackpot bagi saya sebab kaki ni memang dah lenguh meredah hujan tadi.Macam-macam gelagat orang keluar masuk train sampai mata yang mengantuk ni pun jadi segar balik. Saya duduk di sebelah seorang budak Cina remaja dalam umur 16 tahun kot. Dia asyik berborak dengan sorang lagi budak India berdiri betul2 depan budak Cina tadi. Sibuk cerita pasal aktiviti sekolah dorang tadi. Apa yang membanggakan saya, kedua-dua budak ni fasih bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun berlainan bangsa. Jarang nampak bangsa lain selain Melayu yang rajin nak menggunakan bahasa kebangsaan ni sekarang bila berborak.Tak kisahla tu.
Train berhenti di KLCC.Ramai yang berpusu-pusu masuk.Pukul 6 memang pick hour ramailah yang nak balik rumah. Masuk pulak 2 lagi remaja perempuan. Rasanya tua sikit dari budak sekolah tadi. Pakaian memang seksi habis.Rambut yang hitam diwarnanya perang kuning. Tapi muka sah-sahlah Melayu! Tak kisahla tu, memang fesyen remaja bandar masa kini. Kedua-dua budak Melayu ni bercakap dalam English. Berborak dan ketawa kuat2 bagi satu train dengar yang dorang boleh berbahasa Inggeris.Tak kisahla tu. Tapi apa yang saya kisahkan ialah kalau proper English tak apalah jugak, tapi memang broken English habis beserta British accent yang dibuat2. Tersenyum sendiri saya dibuatnya.Nak tergelak pun ada. Malu pulak rasanya pada budak Cina dan India di sebelah melihatkan bangsa sendiri yang lupa berpijak di bumi yang nyata...hehe..Tak kisahla tu, sebab bekas PM kitakan pernah cakap Melayu Mudah Lupa!!

0 footprint(s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...