Cadangan Laporan Zahid guna Bahasa Inggeris di IPT aibkan Melayu??
Cakap pasal bahasa Inggeris saya terbaca dalam Harakah (opps..jgn salah anggap baca Harakah bukan bererti saya dari parti pembangkang) mengenai isu Laporan Zahid 2005 yang mencadangkan Bahasa Inggeris digunakan diseluruh IPT. Ramai cendekiawan negara yang bantah kerana ia mengaibkan bangsa Melayu sebab apabila ia dilaksanakan banyak istilah dalam bahasa melayu ini tidak lagi digunakan. Ia juga boleh merencatkan usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengetauan tinggi.Salah seorang Pensyarah UM berpendapat jika bahasa Melayu tidak lagi berperanan sebagai ilmu di sekolah, universiti dan pusat pengajian, ia akan menjadi bahasa mati kerana tiada istilah baru yang dicipta.Naib Canselor UTM secara ringkasnya mengatakan kita sebenarnya terlalu terpengaruh.Sebenarnya bukan kerana Bahasa Inggeris saja kita boleh maju.
Yep, saya sebenarnya serba sedikit bersetuju dengan pandangan di atas. Walaupun ketika belajar di UIA dulu semua subjek menggunakan Bahasa Inggeris, bukan bererti Bahasa Melayu harus dipinggirkan. Mungkin UIA adalah universiti antarabangsa dan bolehlah diterima jika keseluruhan subjek menggunakan bahasa Inggeris. Tapi jika semua IPT menggunakan Bahasa Inggeris seperti cadangan Laporan Zahid, di mana letak duduknya bahasa Melayu nanti.Takut juga nanti bila semua institusi mementingkan dan mengutamakan Bahasa Inggeris, sampai generasi akan datang tak tahu langsung berbahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan sejak tahun 1970 lagi. Even dalam court pun ade signboard yang tertulis "Sila gunakan bahasa kebangsaan"..Tidak dinafikan Bahasa Inggeris sangat penting, tapi jangan sampai Bahasa Melayu dilupakan...semua orang ada pandangan masing2, jadi terpulanglah.
~ Cintailah Bahasa Kita sebab Bahasa Jiwa Bangsa!!
August 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 footprint(s):
Post a Comment