October 24, 2008

Thoughts..

Kalau kita boleh lukis apa yang kita nak dalam kertas,dan lukisan itu boleh jadi realiti alangkah bestnya.Kalau boleh lukis sebuah kereta bersama pemandunya, senangla saya ke tempat keje ,tak payah mengharapkan Si Shukor utk tumpangkan tiap2 hari ke Putrajaya. Kalau boleh lukis sebuah rumah betul2 sebelah ofis lagi best, tiap2 hari boleh gi ofis jalan kaki je.Tak payah bangun awal2 kejar masa sebelum 8.30.

Kalau boleh lukis apa yang diimpikan utk wedding pon best jugak. Tak payah pening nak tempah baju, cari photographer, mak andam, hantaran dan sebagainya. Biar wedding simple, tapi meriah, asalkan semua orang happy dan puas hati. Orang kata tak kisahla sesimple mana atau berapa nilai sesebuah persiapan perkahwinan,yang penting nilai kebahagiaan selepas itu. Betul tak.(apa kena mengenanya pulak ni??)

Hari ni dah Jumaat. Cuaca yang tak menentu menyebabkan kesihatan merudum…lalu keje pun tak bape nak jalan..

October 07, 2008

4.10.08....

'Anyone can catch your eye, but it takes someone special to catch your heart.'




~To my dearie "fionsay"...143 so much..!!! ;)

September 30, 2008

Salam Syawal...


"May Allah fill your heart with gladness, your home with good cheer, your life with the brightest blessings today and always!"

~Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...~


September 13, 2008

Updetla sket..

Selamat Berpuasa semua!!...Puasa tahun ni adalah puasa paling tak best dalam hidup sebab blom boleh lagi nak balik berbuka ramai2 dengan family. Tapi takpela mana2 pun, maksud berpuasa tu yg penting.. Stuck dah berminggu2 lamanya dalam kursus yang padat dan berlemon2 dengan aktiviti ni. Baru balik dari BTN kat Kem Meru,Klang, dan rasanya tahap kecintaan saya pada negara Malaysia ni dah semakin menebal lepas kena 'basuh' sket dengan fasilitators dekat kem BTN tu.

Oh cite pasal polis ngan tentera...tak menakutkan seperti yang disangka sebelum ni. Kem tentera adalah tempat paling best sepanjang kursus even kena kawad pagi petang,berlatih menembak,survival, tapi tentera2 kat situ baik2 belaka. Even tempat penginapan tak best,kena berkhemah dalam hutan, kena pakai uniform yg oversize, spike boot size besar etc, tapi pengalaman dan layanan yang dorang bagi takkan dilupakan sampai bila2. Minggu polis kat Maktab PDRM okla jugak,tapi tak se best di tentera.

Apa lagi nak ngarut..lagi 2 minggu kursus nak abis, x sabar nak balik rumah, nak buka puasa nak raya dan sewaktu dengannya. Kejapje rasa 3 bulan, lepas ni kena masuk keje cam biasa.

And to umi, my bro hijaz n sis wa, yang sambut birthday bulan 9 ni..Happy Birthday...(Hijaz dah merdeka sebab baru abis UPSR)...


Pic-kenangan masa kat lapang sasar menembak,kem jugra

-takat ni jelah, cite lain2 tu...nantila updet..^_^

July 15, 2008

Keeping busy...

Nak update ape ye..petang ni skip riadah dan bergegas ke CC..Susah betul kalau berjauhan ngan alam maya ni.Hmm, saya sekarang tengah kursus tiga bulan untuk jawatan kat gomen.Kenapa saya join gomen ,itu yang rata2 orang tanya,...xde sape2 influence, tapi sebab nak ubah angin kot.Skrg memang sangat2 busy,kursus memanjang.Jadual pack, dengar ceramah,kelas,makan dan makan lagi...Kursus lain2 tempat,last month kat Banting, skarang kat Bangi, dis weekend kena pegi Segamat.Then next month ada latihan tentera pulak kat Kuala Kubu Baru n seterusnya Polis kat Cheras..phew..Nak buat camana, terpaksa redha jelah dan tunggu sampai kursus habis 24 September ni..


Sedih jugak sebab tak dapat attend wedding kawan2 cam wedding Emma, E, Shauna, Bie dan lain2 yang tak sempat lagi nak bukak kad kawin. Selamat Pengantin Baru la semua yek.Rindu betul nak balik rumah, and hope boleh attend wedding Muna next week..And pada kawan2, jangan rindu saya banyak sgt ye..haha..

Banyak perancangan sekarang ni, hope semuanya berjalan as scheduled..=)

Got to go now..daa..


June 20, 2008

Leaving...


I'm leaving the firm..i'm leaving all the bitter-sweet memories in here.My last day would be on Monday and after that i'm going to discover another new workload and definitely new environment..completely different..I'll be missing courts,court's friends, my boss etc etc.It's kind of sad when you're happy and quite satisfied with your life right now but you have to leave them for your own good.

A poem should be enough then..;)

I’m leaving soon
Needless to say that I'm going my very own way.
From this moment on
I make my own choices.
I knew I would not stay

But still, I thought time
Should have passed so slowly.
Another month,another years have gone.
Now I know I was wrong,
Wrong to wish
That it would end,
Possibly just blend.
Blend like the wind.
Colorless
Can’t feel, cant see, cant be there.
And I wish it would still be with me.
Although it is,
But it isn’t the same.
Even if those memories make me sane.

Some place that cannot offer me anything anymore.
It’s done , over.
I’m in the process of crossing my own finish line.
And,
I couldn’t be any happier.

This place is my belief.
The center of my mind.
Its why I am the way I am today.

Needless to say,
I am sad... But so proud.
I’m going my own way. =)


Finger crossed and wish me luck..^_^

June 04, 2008

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. ~The Wonder Years

~Menara Taming Sari, Melaka- 31st May 2008~ :)

May 24, 2008

Untitled 3


Dah lama tak ngarut2 dalam blog ni.Perasaan best balik ke rumah minggu ni tidak dapat digambarkan dengan kata2..lebih best dari kepuasan melihat kemenangan man u tempoh hari..haha.Sebenarnya semalam (jumaat) bukanlah rasa nak balik sangat,lagipun dah plan nak pegi dinner Alumni UIA malam tu.Tetapi selepas rasa sakit hati dan tension dengan judge yang paling dibenci di court petang semalam,hati tiba2 berubah.perasaan nak balik begitu melonjak2,nak tengok rumah, dan dengan gamblenya habis je court,terus ke bus station.nasib begitu baik,ada tiket terus ke jerantut tepat 5.30.dan sekarang berada di rumah...best2..

Oh, lupa pulak kena tag dengan Si Pipi.

Eight Random Facts/habits About Yourself

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog

8 fakta tentang saya.

1. Saya masih tak suka dengan kerja sekarang dan masih ada hati untuk mencari kerja lain.
2. Saya sudah mempunyai lesen memandu sejak 7 tahun lalu dan sehingga kini masih takut untuk memandu kereta.Lebih rela sakit badan naik bas atau berdiri dalam LRT
3. Saya tak tengok American Idol, dan sampai sekarang tak paham bila orang cerita pasal kehenseman dan kemenangan David Cook haritu.Lepas tengok You Tube semalam baru saya kenal siapa itu David Cook.
4. Saya masih mengekalkan pendirian untuk tidak menggunakan credit card.
5. Saya masih berhutang dengan PTPTN dan cuba untuk bayar hutang tiap2 bulan
6. Saya tak pernah tau dan takut nak gunakan mancis api
7.Saya sekarang lebih suka menghabiskan masa di depan komputer untuk shopping online daripada buang masa di shopping complex.
8. Saya rabun,tetapi tidak suka pakai cermin mata sebab cepat pening kepala.

Habis..Tak tau nak tag sapa,sesiapa yang nak buat dialu-alukan..;)

Dengar cerita kak lin,kakakku itu hendak 'back for good' ke Malaysia bulan 8 ni.bagusla..walau hujan emas dinegeri orang lebih baik di negeri sendiri lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...